Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024!

 Kedatangan tahun baru 2024 merupakan lembaran terbaru di negara kita. Banyak perkara berlaku dalam negara kita. Banyak suka duka yang berlaku terpaksa ditempuh dengan tekad dan kesabaran tinggi, berikutan keadaan ekonomi yang agak sukar diduga. Jika dulu, banyak artikal berdasarkan trip memancing memenuhi ruangan blog, tetapi kini berganti dengan kerja - kerja di air yang melibatkan bot. Kuasa wang ringgit dan nilai wang kita yang makin menurun, menyebabkan kegiatan rekreasi seperti penyewaan bot semakin berkurangan. Mungkin disebabkan hal demikian, orang awam lebih berhati - hati dalam berlibur diluar, yang kini lebih mengutamakan keperluan asas terlebih dahulu.

Dalam keadaan yg sukar ini, arah tujuan perlu diubah kepada yang lebih sesuai dengan keadaan semasa. Alhamdulillah, dengan usaha dan pengalaman yang ada, perubahan ini menjadikan kita lebih berilmu dan lebih berani menyahut cabaran. Banyak aktiviti lebih menjurus kepada kerja diutamakan. Bukan setakat di laut, terdapat juga aktiviti lain di darat seperti lombong dan tasik. Asalkan ia berkenaan dengan bot, ia boleh diuruskan.

Kepada semua rakan pelaut tidak kira dimana anda berada, dalam bidang masing-masing, sentiasalah menuruti peraturan dan undang-undang di laut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sayangi, hormati dan hargai nyawa anda dan orang lain.

Banyak hal sedih berlaku ketika tahun 2023 ini termasuklah bot rosak, bot sewa tenggelam dan kesilapan lain yang berlaku dalam menguruskan kerja. Walaupun perit dan sukar, namun ia terpaksa ditempuh dengan sabar. Pada tahun ini juga, penulis telah membuat perubahan hidup yang besar dengan membina rumahtangga untuk kehidupan yang lebih baik.

Semoga dengan apa yang berlaku dapat menambahkan ilmu dan menjadikan kita lebih kuat dalam menjalani kehidupan akan datang. Akhir kata dari penulis, Selamat Tahun Baru 2024!



Rabu, 29 November 2023

Kerja memotong sisa besi di bawah air.

 Kerja menanda, mencari dan memotong sisa besi bawah air telah berjalan dengan lancar dan selesai dengan baik seadanya. Kerja bermula dengan menanda lokasi sisa besi selama 5 hari, kemudian disambung dengan kerja memotong dan menaikkan sisa besi selama 5 hari.


Kerja bermula dengan menanda lokasi menggunakan pelampung berwarna. Semua kerja dibuat menggunakan khidmat penyelam dengan bantuan peralatan khas.


Peralatan seperti jenerator elektrik, peralatan selam skuba khas, diletakkan diatas pelantar khas yg terapung diatas lokasi kerja.


 Jumlah bot digunakan hanya 1 ketika proses menanda. Manakala 2 buah bot digunakan ketika proses memotong dan menaikkan besi tersebut.


Kerja yang cukup sukar ini berjaya dihabiskan dalam tempoh masa seperti dirancang. 


Jumaat, 20 Oktober 2023

Trip Pulau Ketam, alahai comelnya ikan-ikan ni..

 









Trip terasing, cari lauk sebulan.

 Trip yg begitu kurang kebelakangan ini, menyebabkan saya hanya turun untuk tmemenuhi keperluan lauk harian sahaja. Harga barang dah mahal sekarang, kos sara hidup juga meningkat.

Oleh kerana itu, lebih baik saya mengisi peti sejuk sebagai bekalan lauk di rumah. Rasanya lebih berbaloi dari membeli setiap hari di pasar. 
Jika dikira secara kasar, kos membeli adalah lebih tinggi dari kos keluar ke laut. Ikan yg dibeli pula pula tidak bertahan lama. Harga ikan pun mahal sekarang.
29.5 kg antara ikan yg dipotong 3 bahagian berkongsi dengan rakan lain. Jika bernasib baik dan rezki murah, sekali turun, lauk sebulan.

Kadangkala saya turun bersama rakan, kadangkala saya bawa rakan yg baru saya kenali. Asalkan mereka mahu dan selesa bersama. 




Seekor Jenahak dalam 1.5 - 4 kg seekor. Rasanya cukup untuk memenuhi stok lauk setiap hari. Belajar berjimat, hidup untuk hari mendatang.

Solar projek, baikpulih bot bocor.

 Kerosakan bot ketika kerja di tapak projek kadangkala memang tidak dapat dielakkan. Harini bot pertama telah bocor akibat terlanggar batu.



Punca kerosakan adalah terlanggar batu sauh yg diletak ditempat cetek. Bahagian bawah enjin juga terdapat kesan pelanggaran. 



Terdapat 1 lubang besar dan 2 keretakan terbuka dibahagian belakang bawah bot. Semua kerosakan ini berjaya dibaikpulih dalam tempoh 2 hari.



Kesilapan pihak lain kadangkala mendatangkan masalah kepada pihak yg lain pula.

Saiz batu adalah 3 ton dan di labuh menggunakan alat khas. Semoga tiada lagi kerosakan berlaku pada masa depan.

Tradisional Wooden Boat

 Real size tradisional wooden boat.

12 feet


True size wooden boat replica for event or restaurant.




Khamis, 17 Ogos 2023

Bot bocor terkena batu karang!

 Bekerja di bawah dermaga kapal, memang terdapat banyak bahaya. Antara yang biasa berlaku adalah ombak kapal dari bahagian luar. Sungguhpun terdapat kapal berlabuh, kadangkala ada juga ombak yang terlepas dan tanpa disedari memberi bahaya kepada kami. Pada hari ini, salah satu bot yang digunakan telah bocor akibat terkena batu karang di tiang dermaga.



Ombak besar yang datang secara tiba-tiba, menghempas bot kami ke arah tiang. Kebocoran hanya disedari apabila salah seorang pekerja menyedari hal tersebut. Kami bernasib baik kerana lubang tersebut berada di atas paras air. Bot terpaksa disengetkan ketika bergerak balik untuk mengelakkan air masuk ke dalam.



Oleh kerana perjalanan balik agak jauh, mahu atau tidak, lubang tersebut perlu ditampal segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Salah satu cara mudah adalah menggunakan campuran polisterin dan petrol.


Campuran polisterin dan petrol ini di biarkan sebati sehingga menjadi likat dan ditampal pada bahagian yang bocor tadi. Ia bertindak sebagai gam kalis air dan akan mengeras. Setelah ditampal, ia boleh dirapikan menggunakan jari atau kain basah.


Selain menggunakan gam ini, kain juga boleh digunakan untuk menutup bocor. Satu lagi cara adalah menggunakan plastik yang dibakar. Semua cara ini membantu dalam kecemasan dan perlu diketahui oleh semua jurumudi berpengalaman. Yang penting bot tidak tenggelam dan selamat untuk sampai ke pengkalan!